Sunday, March 31, 2013

Latihan Kata Adjektif


Garisi kata adjektif yang sesuai.

1.Daging itu dihiris (tebal, nipis) agar cepat empuk.

2.Saya suka makan keropok ikan kerana rasanya
 (sedap, hebat).

3.Udara di pergunungan memang (enak, nyaman).

4.Dia datang (lanjut, lambat) kerana rumahnya jauh dari sekolah.

5.Riana berasa (segar, penat) setelah bermain agak lama.

6.Peristiwa (ganjil, panas) yang berlaku di kawasan itu telah menggemparkan orang ramai.

7.Para peminat bola sepak berbaris (cepat, panjang) untuk membeli tiket perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional.

8.Fajar hanya kelihatan pada waktu (siang, subuh).

No comments:

Post a Comment